fbpx
KRWFC menunjukkan komitmen yang baik sepanjang beraksi di Liga A1 musim lalu dan berharap mereka diterima beraksi di Liga Super. - FB KRWFC

Kelantan Red Warrior FC letak harapan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENGURUSAN Kelantan Red Warrior FC (KRWFC) percaya kelab itu mempunyai merit untuk bermain di saingan Liga Super musim depan.

Bagaimanapun, Presiden KRWFC, Datuk Muhamad Zaki Harun yakin Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan membuat keputusan sewajarnya berkaitan status sebenar penyertaan kelab dari Kelantan itu di Liga Super musim depan.

“Sehubungan dengan kenyataan yang dikeluarkan, kami menerimanya dengan penuh rasa hormat, positif dan terbuka. Kami yakin MFL sebagai badan menguruskan saingan liga bola sepak profesional negara akan membuat keputusan yang tepat, adil dan bijaksana demi kepentingan pembangunan bola sepak Malaysia.

“Sekiranya kami diberikan kepercayaan mengisi slot ke Liga Super, kami berpandangan bahawa ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Kehadiran kami adalah berasaskan merit dan pencapaian di atas padang.

“KRWFC telah memberikan komitmen sepenuhnya, berkorban dan berusaha sedaya upaya sepanjang saingan Liga A1 Semi Pro musim lalu dengan satu matlamat yang jelas iaitu memperoleh peluang untuk beraksi di pentas tertinggi bola sepak negara”, katanya.

MFL kelmarin mengesahkan Liga Super akan membabitkan 12 pasukan iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Kuching City FC, Selangor FC, Kuala Lumpur City FC, Terengganu FC, Star City FC yang sebelum ini dikenali sebagai Imigresen FC, Negeri Sembilan FC, Penang FC, Sabah FC, DPMM FC dan Melaka FC.

Satu lagi slot akan diketahui, Khamis ini apabila badan bebas First Instance Body (FIB) akan menentukan status PDRM FC dimana jika The Cops gagal mengemukakan maklumat tambahan untuk memenuhi keperluan Kriteria Kewangan serta Kriteria Infrastruktur.

Sekiranya PDRM FC gagal dalam penyerahan maklumat berkenaan, slot satu lagi pasukan Liga Super 2026-2027 bakal diisi kelab Liga A1 Semi-Pro, KRWFC.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN