fbpx
MOHAMED KHALED beramah mesra dengan penduduk Kampung Sedili Besar, Kota Tinggi hari ini. Foto MASTURAH SURADI/KOSMO!

PRN Johor: BN berpengalaman tadbir Johor, bukan masa bereksperimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Barisan Nasional (BN) mempunyai pengalaman, rekod serta gabungan pemimpin berpengalaman dan muda yang diperlukan untuk mentadbir Johor, justeru rakyat tidak seharusnya mempertaruhkan masa depan negeri itu kepada parti yang masih ‘belajar’ menjadi kerajaan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mentadbir Johor bukan tugas mudah kerana negeri itu mempunyai kedudukan strategik serta potensi ekonomi yang besar, sekali gus memerlukan kepimpinan yang berpengalaman untuk merancang dan melaksanakan pembangunan.

Menurut beliau, BN mempunyai kelebihan menerusi gandingan pemimpin veteran yang memahami selok-belok pentadbiran bersama barisan pemimpin muda yang mampu meneruskan agenda pembangunan negeri.

“Johor bukan negeri biasa. Ia mempunyai potensi besar dan berada di kedudukan yang sangat strategik. Sebab itu pentadbirannya memerlukan pengalaman, kestabilan serta perancangan yang jelas.

“Gabungan pemimpin berpengalaman dan generasi muda dalam UMNO serta BN adalah kekuatan yang membolehkan kerajaan terus mentadbir negeri dengan berkesan,” katanya selepas beramah mesra dengan penduduk Kampung Sedili Besar di sini hari ini.

Beliau turut membandingkan BN dengan Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang didakwanya tidak menawarkan manifesto, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai hala tuju pentadbiran sekiranya diberi mandat.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN