fbpx
MESSI akan sekali lagi menjadi sandaran utama Argentina bagi merobek gawang Switzerland untuk mereka mara ke separuh akhir. - AFP

Piala Dunia 2026: Argentina elak leka bimbang dihukum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANSAS CITY – Kapten Argentina, Lionel Messi mengingatkan rakan sepasukan supaya tidak mengulangi kesilapan sama ketika bakal berdepan Switzerland pada aksi suku akhir selepas dipaksa bekerja keras sebelum mara ke kelompok lapan terbaik.

Messi mengakui kemenangan dramatik 3-2 ke atas Mesir pada pusingan 16 terbaik menjadi bukti bahawa tiada lagi perlawanan mudah di pentas Piala Dunia apabila setiap pasukan mampu menghukum kesilapan yang dilakukan mereka.

“Kami sekali lagi terpaksa melalui detik yang sukar, tetapi inilah Piala Dunia. Setiap perlawanan akan berlangsung seperti ini, namun kami tidak pernah berputus asa dan akan terus berjuang sehingga ke penghujung,” katanya.

Argentina sebelum itu bangkit daripada ketinggalan 0-2 sebelum melakar kebangkitan luar biasa dengan tiga gol dalam tempoh 11 minit terakhir untuk menyingkirkan Mesir sekali gus meneruskan misi mempertahankan kejuaraan.

Namun, cabaran lebih getir menanti apabila Switzerland hadir dengan keyakinan tinggi selepas menamatkan penantian 72 tahun untuk kembali ke suku akhir hasil kemenangan menerusi penentuan penalti ke atas Colombia.

Pengendalinya, Lionel Scaloni percaya aksi menentang Switzerland bukan tugas mudah memandangkan lawan memiliki pengalaman luas di pentas Piala Dunia selain dibarisi pemain berkualiti.

“Ia pasti menjadi satu lagi perlawanan yang sukar. Switzerland mempunyai tradisi yang hebat di Piala Dunia dan mereka juga memiliki pemain-pemain yang berkualiti,” katanya.

Pertemuan itu turut mengimbau kenangan Piala Dunia 2014 apabila jaringan Ángel Di María pada masa tambahan membawa Argentina menewaskan Switzerland di pusingan 16 terbaik di Brazil.

Kini, hanya Messi, Granit Xhaka dan Ricardo Rodriguez masih kekal daripada pertemuan tersebut, dengan Argentina berharap pengalaman dimiliki kapten berusia 39 tahun itu mampu sekali lagi membawa La Albiceleste melangkah ke separuh akhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN