Johari ketika menerima kunjungan Laura Gabrieloni di kementerian beliau hari ini.

Malaysia, Argentina mahu perkukuh perdagangan dan pelaburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA– Malaysia dan Argentina berhasrat memperkukuh hubungan ekonomi menerusi peningkatan perdagangan, pelaburan serta akses pasaran bagi perniagaan kedua-dua negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkara itu dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar Argentina ke Malaysia, Marta Laura Gabrieloni.

Menurut beliau, pertemuan itu turut membincangkan potensi kerjasama dalam sektor pertanian selain pemindahan teknologi.

“Argentina merupakan rakan ekonomi keempat terbesar Malaysia di Amerika Latin pada 2025.

“Saya melihat ruang untuk hubungan ini diperkukuh melalui kerjasama yang membuka lebih banyak peluang kepada industri dan pengeksport kita,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Johari berkata, kerjasama lebih erat antara kedua-dua negara berpotensi memperluas peluang pasaran serta menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan pelaburan dua hala.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN