fbpx
Dr. Zulkifli.

Islam tidak dibina dengan pedang semata-mata – Dr. Zulkifli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tamadun Islam tidak pernah dibina dengan kekuatan pedang semata-mata, sebaliknya berkembang berasaskan ilmu, akhlak dan keadilan yang menjadi teras kepada ajaran agama itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan berkata, sejak dahulu Islam membawa mesej keamanan, kesederhanaan, perpaduan serta penghormatan terhadap maruah insan.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual media sempena Forum Peradaban Islam Antarabangsa Kali Pertama di Uzbekistan, yang turut dikongsikan menerusi hantaran di laan Facebook, hari ini.

“Saya tegaskan bahawa tamadun Islam tidak pernah dibina dengan pedang semata-mata, tetapi juga dengan ilmu, akhlak dan keadilan.

“Sejak dahulu, Islam membawa mesej keamanan, kesederhanaan, perpaduan dan penghormatan terhadap maruah insan,” katanya.

Menurutnya, di sebalik kegemilangan tamadun Islam dalam bidang sains, teknologi, seni bina dan budaya, nilai moral sentiasa menjadi tunjang utama yang membentuk kekuatan sesebuah masyarakat.

“Dunia hari ini tidak kekurangan kemajuan. Yang semakin berkurang ialah nilai. Islam datang untuk membina kedua-duanya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN