fbpx
AZMAN dalam sidang akhbar pada Program 'Ride For Patuh' dan Advokasi Kepenggunaan Bersama Komuniti Peringkat Negeri Pahang di Masjid Kampung Padang Rumbia di sini hari ini.

49 aduan terhadap peniaga durian sejak Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PEKAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenalpasti terdapat peniaga durian yang menggunakan alat timbang dan sukat lama yang sudah tamat tempoh.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, disebabkan perniagaan bermusim ada segelintir peniaga tidak mempedulikan alat timbang yang digunakan hanya pada musim durian sahaja.

Katanya, sepanjang 1 Januari hingga 30 Jun lalu sebanyak 49 aduan diterima melibatkan peniaga durian yang kebanyakannya melibatkan tiada tanda harga dan alat timbang dan sukat yang tidak ditentu sahkan.

“Penting kepada kita hendak beritahu kepada peniaga-peniaga durian sebelum berniaga kena cek alat timbang dahulu dan kita ada beberapa syarikat diberi kebenaran kerajaan (memeriksa alat timbang) pergi periksa bagi memastikan timbangan tepat supaya boleh guna untuk perniagaan.

“Adalah salah dari segi undang undang bawah seksyen 14 (6) Akta Timbang Sukat ini kalau menggunakan alat timbang tak ditentusahkan,”katanya dalam sidang akhbar pada Program ‘Ride For Patuh’ dan Advokasi Kepenggunaan Bersama Komuniti Peringkat Negeri Pahang di Masjid Kampung Padang Rumbia di sini hari ini.

Tambahnya, selain melibatkan alat timbang sukat peniaga termasuk yang gagal memaparkan harga jualan dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN