fbpx
Gambar tiga warga asing yang dimuat naik pada hantaran Johnny Dickson di Facebook baru-baru ini.

Pelancong asing berdegil mahu bayar tambang guna rupee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang pemandu e-hailing berkongsi ragam tiga penumpang warga asing didakwa enggan membayar tol dan mahu membuat bayaran tambang menggunakan mata wang rupee India.

Menerusi perkongsian Johnny Dickson di kumpulan Facebook, GrabCar Drivers & others E-Hailing, dia mendakwa penumpang terbabit menempah perkhidmatan e-hailing untuk ke Genting Highlands, Pahang.

Menurut perkongsian berkenaan, pertikaian berlaku apabila ketiga-tiga mereka didakwa enggan menjelaskan bayaran tol sepanjang perjalanan.

“Mula-mula tempah Grab hendak ke Genting, tetapi boleh bergaduh sebab tak mahu bayar tol.

“Lepas itu pembayaran tambang pula mahu dibuat menggunakan duit rupee (India),” dakwanya menerusi hantaran tersebut.

Susulan insiden berkenaan, pemandu terbabit dipercayai mengambil keputusan membawa penumpang itu ke balai polis berhampiran bagi mendapatkan bantuan.

Bagaimanapun, lokasi balai tidak dimaklumkan dalam hantaran tersebut.

Pengalaman lelaki itu turut mendapat perhatian pengguna media sosial yang lain selepas hantarannya dikongsikan lebih 800 kali.

“Datang Malaysia tunjuk handal (kuat),” perli Sha Aini.

“Bawa ke balai, idea bagus,” puji Sapiah.

“Kena dekat aku. Situ juga ‘makan’ penampar. Jangan lembut sangat, bagi ja ‘sedas’ (teguran pedas),” komen pengguna lain.

“Terbaik tindakan tuan serah ke balai polis. Buat laporan ke sistem Grab,” kata Noor Jamaad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN