fbpx
ONN Hafiz menemui jentera parti Barisan Nasional (BN) ketika Program Kenduri Sekampung di Kampung Perak, Simpang Renggam di Kluang hari ini. Foto oleh ADNAN IBRAHIM

PRN Johor: Onn Hafiz yakin ‘gelombang biru’ bawa BN menang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi melahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) berada di landasan tepat untuk mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini, apabila mendakwa ‘gelombang biru’ kini semakin kuat dirasai di seluruh negeri.

Pengerusi BN Johor yang juga calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap itu berkata, momentum kempen yang memasuki hari ke-11 menunjukkan sambutan rakyat terhadap BN semakin memberangsangkan, sekali gus menyuntik keyakinan bahawa parti itu mampu terus diberi mandat mentadbir Johor.

Menurut beliau, baki dua hari terakhir kempen perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh jentera untuk menggandakan gerak kerja turun padang dan bertemu pengundi secara bersemuka bagi memastikan setiap penyokong keluar mengundi.

“Secara keseluruhannya saya melihat mood dan suasana di Johor ketika ini cukup positif. Kita dapat rasakan satu gelombang biru yang semakin membara.

“Insya-Allah, kita akan menang di Johor,” katanya ketika berucap pada Program Kenduri Sekampung di Kampung Perak, Simpang Renggam di sini hari ini.

Sementara itu, Onn Hafiz turut meletakkan sasaran untuk meningkatkan majoriti kemenangan di DUN Machap kepada sekurang-kurangnya 8,000 undi berbanding majoriti kira-kira 6,543 undi yang diperoleh BN pada PRN Johor 2022.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa sasaran tersebut tidak akan tercapai tanpa komitmen penuh jentera parti untuk memastikan semua penyokong BN keluar mengundi pada hari pengundian. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN