fbpx
Tangkap layar kejadian seorang pemandu lori maut selepas dipercayai terkena serangan jantung ketika memandu.

Pemandu lori maut diserang sakit jantung punca kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Seorang pemandu lori maut selepas dipercayai mengalami serangan jantung ketika memandu sehingga menyebabkan kenderaannya melanggar sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Pintasan Kajang-Semenyih, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 3.20 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 64 tahun, dalam perjalanan dari Sungai Buloh menuju ke Semenyih sebelum dipercayai mengalami serangan jantung.

“Akibat kejadian itu, lori yang dipandu mangsa telah mengundur lalu melanggar sebuah kereta jenis Honda yang dipandu seorang wanita tempatan berusia 46 tahun yang berada di belakang lori berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata, bedah siasat yang dijalankan di Hospital Serdang hari ini mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan saluran jantung tersumbat.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Peraturan 17 Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya 1959 (LN 166/59), manakala kes kematian diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Inspektor Mohd. Raziman Rasid di talian 019-4565502. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN