fbpx
KEADAAN murid lelaki yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sebuah sekolah di Kuala Nerang, petang ini.

Murid jatuh bangunan sekolah ketika mahu tangkap burung merpati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERANG – Seorang murid lelaki tahun lima cedera selepas dipercayai terjatuh dari siling tingkat tiga bangunan sebuah sekolah di sini ketika mahu menangkap burung merpati pada petang tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan pada anggota badan termasuk tangan kiri dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintendan Mohd. Anuar Junoh berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada seorang guru pada pukul 4 petang tadi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian tersebut merupakan kemalangan sendiri dan tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

“Mangsa dipercayai terjatuh ketika mahu mengambil burung dan mengalami kecederaan pada tangan kiri. Murid itu kini dirawat di HSB,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa hadir ke sekolah pada sebelah petang untuk mengikuti Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).

Murid berkenaan dikatakan menggunakan laluan pili bomba untuk memanjat ke siling di tingkat tiga bangunan sekolah bagi menangkap burung merpati.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang murid lelaki cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sebuah sekolah di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN