fbpx
ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta Proton Persona berhampiran pejabat JPJ Benta di Lipis awal pagi tadi.

Suami isteri maut nahas Proton Persona, Hilux di Lipis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIPIS – Sepasang suami isteri maut dalam kejadian kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Proton Persona dan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux berhampiran pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Benta di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.20 pagi itu, pemandu Proton Persona, Mohd. Khair Zainudin, 55, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala isterinya, Norzaili Khalil, 49, meninggal dunia selepas tersepit di dalam kenderaan.

Dua lelaki yang menaiki Toyota Hilux pula mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd. Salahuddin Isa berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.21 pagi.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati seorang mangsa telah meninggal dunia di luar kenderaan, manakala seorang lagi masih tersepit di dalam kereta Proton Persona.

“Anggota bomba kemudian menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat sebelum kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan.

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN