fbpx
Tangkap layar video menunjukkan sebuah bas penumpang terbalik di dalam sungai selepas hilang kawalan semasa memotong lori. - TikTok

Bas ‘terjun’ sungai, gagal potong lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu klip video tular memaparkan sebuah bas penumpang terjatuh dan terbalik ke dalam sungai selepas gagal memotong sebuah lori dalam kemalangan di Nganjuk, wilayah Jawa Timur, lapor portal berita Lambe Turah. 

Nahas melibatkan bas Sugeng Rahayu di Desa Paron sekitar pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan), baru-baru ini. 

Pemandu bas dilaporkan hilang kawalan selepas gagal memotong sebuah lori di hadapannya, menyebabkan kenderaan itu terbabas ke dalam sungai. 

Penduduk tempatan dikenali sebagai Dito berkata, bas tersebut membawa lebih 10 penumpang semasa kejadian. 

“Meskipun kenderaan itu rosak  teruk, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Semua penumpang berjaya dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” kata Dito. 

Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN