fbpx
DIAZ berazam menghadiahkan kemenangan buat Colombia menjelang aksi getir menentang Switzerland pada pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026. – AFP

Diaz tekad roboh benteng Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANSAS CITY – Bintang Colombia, Luis Diaz bertekad menghadiahkan kemenangan buat negaranya menjelang pertembungan dengan Switzerland pada aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026, pagi esok.

Pemain sayap Bayern Munich itu berkata, dia masih terkilan kerana gagal memanfaatkan beberapa peluang terbaik ketika Colombia menewaskan Ghana 1-0 pada pusingan 32 terbaik, termasuk dua jaringan yang dibatalkan.

Menurut Diaz, situasi itu sedikit menjejaskan keyakinannya, namun dia percaya prestasinya semakin meningkat dan berada di landasan tepat untuk kembali menemui sentuhan terbaik.

“Ya, mungkin saya masih kurang sedikit ketenangan. Saya mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol, tetapi jaringan saya sering dibatalkan. Sebab itu keyakinan yang saya inginkan masih belum mencapai tahap 100 peratus,” katanya.

Bagaimanapun, pemain berusia 29 tahun itu menegaskan dia tidak akan menoleh ke belakang, sebaliknya mahu terus memperbaiki prestasi bagi memastikan Colombia mampu melangkah lebih jauh dalam kejohanan kali ini.

“Saya berasakan aksi saya kali ini lebih baik berbanding perlawanan sebelumnya. Saya tidak boleh mengundur ke belakang dan akan terus meningkatkan prestasi.

“Saya berjanji kepada seluruh rakyat Colombia supaya terus percaya kepada pasukan ini. Saya tahu penyokong mengharapkan gol dan bantuan jaringan daripada saya, dan saya akan terus bekerja keras untuk memenuhi harapan itu,” katanya.

Mengulas sokongan penyokong Colombia, Diaz menyifatkan kehadiran ribuan penyokong berbaju kuning di stadium memberikan suntikan semangat besar kepada pasukan.

“Kami seperti bermain di laman sendiri. Sokongan penyokong di stadium dan hotel memberikan motivasi luar biasa kepada kami. Mereka adalah sebahagian daripada kekuatan pasukan ini,” katanya.

Colombia akan berdepan Switzerland pada aksi pusingan 16 terbaik dengan Diaz dijangka menjadi tonggak utama jentera serangan Los Cafeteros dalam usaha memburu slot ke suku akhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN