fbpx
Gambar hiasan.

Pengganti peluru berpandu LCS dijangka diputuskan akhir Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Penilaian teknikal bagi memilih sistem peluru berpandu baharu untuk Kapal Tempur Pesisir (LCS) sebagai pengganti Naval Strike Missile (NSM) dijangka dimuktamadkan pada penghujung Julai ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Kementerian Pertahanan (Mindef) bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini sedang menilai beberapa sistem peluru berpandu permukaan ke permukaan yang ditawarkan pengeluar peralatan asal (OEM) dari beberapa negara.

Menurut beliau, langkah itu diambil susulan pembatalan lesen eksport sistem NSM oleh Norway.

Katanya, setiap tawaran akan dinilai secara menyeluruh mengikut keperluan operasi TLDM, termasuk keupayaan sistem disepadukan dengan Combat Management System (CMS) LCS, tempoh penghantaran, kos keseluruhan perolehan serta tahap teknologi dan keupayaan operasi yang setanding atau lebih baik daripada NSM.

“Insya-Allah, sekiranya semua berjalan lancar, penilaian teknikal di peringkat TLDM dan Mindef akan selesai pada akhir Julai ini sebelum diangkat ke peringkat penilaian seterusnya,” katanya pada sesi Penerangan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN