fbpx
Tangkap layar bungkusan manggis yang hanya tinggal kulit tanpa isi serta bukti label penghantaran seolah-olah dicabut dan ditampal semula.

Beli manggis ‘online’ tapi hanya tinggal kulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita kecewa selepas menerima bungkusan manggis yang dipesan menerusi sebuah platform e-dagang dalam keadaan hanya tinggal kulit, dipercayai telah dikupas sebelum sampai ke tangannya.

Menerusi perkongsian pengguna @ahdeq di Threads, wanita itu memuat naik video memaparkan sebuah kotak berisi longgokan kulit manggis tanpa isi yang diterimanya selepas dua hari membuat tempahan.

“Beli manggis secara dalam talian, baru sampai dah tinggal kulit! Ini abang penghantaran yang makan ke penjual yang buat?” katanya dalam hantaran itu.

Katanya, dia turut mengesyaki bungkusan itu pernah dibuka kerana terdapat kesan label penghantaran yang dipercayai dicabut sebelum ditampal semula.

“Nampak kesan pelekat label penghantaran dicabut dan ditampal semula,” ujarnya.

Perkongsian itu meraih lebih 264,000 tontonan dalam tempoh beberapa jam, selain dibanjiri komen pengguna lain yang mendakwa pernah mengalami kejadian hampir sama.

“Dahsyat sungguh. Tak kira halal atau haram, ambil dan makan hak orang lain,” komen seorang pengguna, Jerryleehalim.

“Saya pernah hantar kerepek kepada pelanggan di Kedah. Sampai rumah dia buka, kerepek tinggal separuh. Memang ada kesan bungkusan dipotong kemudian ditampal semula,” kata Aszahmad.

“Saya pernah kena. Baju hilang sehelai, nampak kesan torehan dan pita pelekat,” tulis seorang lagi pengguna. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN