fbpx
SULTAN Sallehuddin berkenan menganugerahkan Darjah Dato' Seri Setia Pahlawan Yang Amat Dihormati kepada Malek Razak sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-84 di Istana Anak Bukit, Alor Setar hari ini.

Panglima ATM, Ketua Polis Negara dikurnia gelaran Datuk Seri Pahlawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Panglima Angkatan Tentera (ATM), Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman mengetuai senarai penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah Ke-84 di Istana Anak Bukit, di sini hari ini.

Malek Razak dikurniakan Darjah Dato’ Seri Setia Pahlawan Yang Amat Dihormati (SSPK) yang membawa gelaran Datuk Seri Pahlawan.

Turut menerima darjah sama ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail.

Seterusnya, Datuk Syed Khairol Anuar Syed Abidin dan Datuk Tan Hong Eng dianugerahkan Orang Besar Enam Belas, masing-masing membawa gelaran Datuk Jaya Perkasa dan Datuk Jaya Dermawan.

Pengurniaan Orang Besar Tiga Puluh Dua diberikan kepada dua individu iaitu Datuk Mohamad Che Nai dengan gelaran Dato’ Johan Bakti dan Datuk Seri Boon Som Inom dengan gelaran Dato’ Biram Jaya.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Zubir Ahmad menerima Darjah Dato’ Setia Sultan Sallehuddin Kedah (DSSS) yang membawa gelaran datuk.

Empat individu menerima Darjah Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK) yang juga membawa gelaran datuk iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman (SADA), Radzuan Osman; Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Abdul Gafar Yahya; Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Shaaban dan Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Dr. Abdul Salim Tajudin.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah pula menerima Darjah Dato’ Setia Pahlawan (DDSP) yang membawa gelaran datuk.

Seterusnya, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Mejar (B) Mansor Zakaria dan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden dianugerahkan Darjah Setia Sultan Sallehuddin Kedah (SSS).

Darjah Setia Diraja Kedah (SDK) dianugerahkan kepada sembilan individu antaranya Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Syeikh Mohamad Subhi Abdullah; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Maznim Ismail dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, Ir. Mohd Fisal Ismail.

Sultan Kedah turut memperkenankan penganugerahan Ahli Mahkota Kedah (AMK) kepada 31 penerima dan Ahli Setia Pahlawan (ASP) kepada lima penerima, Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (BCK) kepada 31 penerima dan Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM) kepada 43 penerima.

Selain itu, Ahli Cemerlang Semangat Jerai Kedah (ASK) kepada lima penerima, Pingat Perkhidmatan Cemerlang Kedah (PCK) kepada 55 penerima, Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada 40 penerima dan
Pingat Perkhidmatan Lama (PPL) kepada 15 penerima. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN