fbpx
Keadaan sebuah SUV jenis Honda CR-V dinaiki mangsa yang terbabas sebelum merempuh surau SK Bukit Jawa 2, Pasir Puteh hari ini.

Nahas rempuh surau: Pemandu SUV mengantuk punca terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Nahas yang mengorbankan dua beranak warga Indonesia dipercayai berpunca daripada pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) tersebut mengantuk sebelum terbabas merempuh surau Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jawa 2 di Kilometer 3 Jalan Selising-Kok Lanas dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Saari Mamat berkata, SUV yang dinaiki dua beranak masing-masing berusia 45 tahun dan 67 tahun bersama empat saudara mereka sedang dalam perjalanan dari Tok Bok, Machang ke Kota Bharu.

Katanya, siasatan awal mendapati, pemandu SUV yang berusia 41 tahun dan merupakan saudara kepada dua beranak itu dipercayai mengantuk ketika tiba di kawasan simpang tiga di depan SK Bukit Jawa di sini.

“Keadaan itu menyebabkan kenderaan tersebut terbabas sebelum merempuh pagar dan surau sekolah berkenaan. Dua beranak yang berada di tempat duduk belakang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala empat saudara mereka berusia dalam lingkungan 33 hingga 41 tahun cedera parah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Saari memberitahu, kedua-dua mangsa yang maut dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini untuk dibedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN