fbpx
Tangkap layar video tular tersebut.

[VIDEO] ‘Terima kasih Abang Cina menegur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki berbangsa Cina menegur seorang pemuda yang didakwa membawa anjing serta menikmati makanan tidak halal di kawasan rehat dan rawat (R&R) mengundang pujian ramai di media sosial.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik Mohd Saufee Ismail, kejadian itu didakwa berlaku di R&R Simpang Pulai arah selatan.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki berbaju hitam menghampiri seorang pemuda berbaju warna putih yang sedang berada di kawasan tempat makan sebelum menegurnya secara berhemah.

Di dalam video itu, dia mempersoalkan kepada individu berkenaan adakah dia warganegara Malaysia kerana tidak cakna dengan tempat makanan halal.

“Ini kawasan halal. Tolong jadi seorang yang bertimbang rasa. Saya seorang Cina, saya juga suka anjing. Adakah awak seorang warganegara Malaysia? Kalau ya, awak patut tahu tak boleh bawa anjing ke kawasan halal,” tegur lelaki tersebut.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai apabila rata-rata netizen memuji tindakan lelaki berkenaan yang dianggap berani, tenang dan menjaga sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini.

Ramai pengguna media sosial turut menyifatkan teguran itu sebagai contoh sikap saling menghormati antara kaum, khususnya di kawasan awam yang turut digunakan oleh pengguna beragama Islam.

“Salute sama uncle. Terima kasih sebab bertimbang rasa dengan kami warga Muslim. Soalan adakah anda warga Malaysia tu ‘tajam’ maksudnya,” tulis Sakinah.

“Terima kasih kepada pak cik tu. Banyak lagi tempat boleh makan. Hormati jelah tempat awam yang ramai Muslim,” komen Aneesa pula. – KOSMO! ONLINE

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN