fbpx
GAMBAR menunjukkan kebakaran di Pouzols-Minervois, selatan Perancis semalam. – AFP

Kebakaran hutan marak di selatan Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIS – Kebakaran hutan besar marak di selatan Perancis semalam,  memaksa ramai penduduk  dipindahkan, kata perkhidmatan kecemasan.

Beratus-ratus anggota bomba dikerah untuk memadamkan api di kawasan Herault dan Aude yang menjadi semakin buruk akibat kemarau dan angin kencang.

Bencana itu  berlaku setahun selepas kebakaran besar di wilayah Corbieres dan beberapa hari selepas gelombang haba ekstrem melanda kebanyakan rantau di Eropah, dengan satu lagi gelombang haba diramalkan berlaku.

Menjelang lewat kelmarin,  kebakaran itu telah meliputi kawasan seluas  800 hektar, kata pihak berkuasa.

Kebakaran ini sekali sekala dapat dikawal,” kata sumber tempatan kepada AFP.

Keadaan di lapangan sukar bagi anggota bomba, tanpa laluan akses di kawasan bencana yang  berbukit. Pesawat pengebom air turut  digunakan.

Kira-kira 200 orang telah dipindahkan di komuniti Pouzols-Minervois dan Mailhac,” kata seorang pegawai tempatan pula. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN