fbpx
EMPAT lelaki berdepan hukuman mati di tali gantung setelah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 503.20 gram, minggu lalu.

Empat rakan berdepan hukuman mati didakwa edar 503.2 gram dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Empat lelaki berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 503.20 gram, minggu lalu.

Tertuduh, Tugiman Mistat, 54, Zulkifli Abdul Halim, 40, Mohd. Ashiq Mohd. Saed, 40, dan Fitri Hafifi Mohd. Hassan, 35, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Asma Nahdiyya Che Ab. Rahim.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada keempat-empat tertuduh.

Mengikut pertuduhan, mereka berempat didakwa bersama-sama mengedar 503.20 gram methamphetamine di sebuah rumah di Lorong SM 2D, Fasa 2D, Seri Manjung di sini pada pukul 3.30 petang, 26 Jun lalu.

Sabit kesalahan, kesemua tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah dikenakan tidak kurang 15 sebatan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Zainarida Emilia Zaidi manakala keempat-empat tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 30 September ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN