fbpx
MANGSA kemalangan di KM7.3 Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil di Sungai Petani dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan.

Wanita berjalan kaki awal pagi maut dirempuh motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Seorang wanita maut selepas dirempuh sebuah motosikal ketika berjalan kaki bersama empat ahli keluarganya di Kilometer 7.3 Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa, Shukriyah Abu Bakar, 58, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Seorang lagi pejalan kaki iaitu wanita berusia 24 tahun mengalami kecederaan di bahagian tangan, manakala penunggang motosikal lelaki berusia 22 tahun patah anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kejadian berlaku ketika penunggang motosikal terbabit dalam perjalanan dari rumah ke tempat dia berniaga.

Katanya, semasa sedang bergerak lurus di bahu jalan, penunggang motosikal itu tidak menyedari terdapat lima individu termasuk bayi dan kanak-kanak di lokasi kejadian.

“Disebabkan jarak terlalu dekat, dia tidak sempat mengelak lalu melanggar pejalan kaki tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, seorang wanita disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala seorang lagi pejalan kaki cedera di bahagian tangan. Penunggang motosikal pula dilaporkan mengalami kecederaan patah anggota badan.

Tambahnya, siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selain mengenal pasti bagaimana pejalan kaki boleh berada di lokasi itu pada waktu berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN