fbpx
MOHD. Zahlan menunjukkan salah satu kenderaan pikap yang dijual di pusat jualan di Melaka.

Diesel RM2.10, penjual pikap kembali ‘rancak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Pengumuman kerajaan penurunan harga diesel bersubsidi kepada RM2.10 seliter bermula hari ini disifatkan sebagai pemangkin kebangkitan semula pasaran kenderaan pikap yang sebelum ini terjejas teruk akibat kenaikan bahan api itu.

Penjual kenderaan pikap, Mohd. Zahlan Hassan, 50, berkata, jualan kenderaan diesel merosot sehingga 70 hingga 80 peratus selepas harga diesel meningkat beberapa bulan lalu apabila kebanyakan pelanggan mengambil keputusan menangguhkan pembelian.

Menurutnya, premis itu sebelum ini mampu menjual antara 30 hingga 40 unit pikap sebulan, namun jumlah itu menjunam kepada kurang daripada 10 unit apabila pengguna mula beralih kepada kenderaan berenjin petrol atau kenderaan elektrik (EV).

“Ramai pelanggan tangguh pembelian sebab bimbang kos penggunaan diesel yang tinggi, memang agak sukar untuk industri ketika itu.

“Bagaimanapun, selepas kerajaan mengumumkan harga diesel akan diturunkan kepada RM2.10 seliter daripada tertinggi RM6.02 pada April, pelanggan mula kembali bertanya dan membuat tempahan,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini.

Katanya, walaupun jualan masih belum kembali ke tahap asal, perkembangan itu memberi petanda positif apabila tempahan bulanan mula melepasi ang­ka 10 unit berbanding sebelum ini yang berada di bawah jumlah tersebut.

“Ini satu permulaan yang baik. Kami yakin graf jualan akan te­rus meningkat apabila keyakinan pengguna semakin pulih,” ujarnya.

Mohd. Zahlan berkata, penurunan harga diesel bukan sahaja mengurangkan beban pengguna, malah memberi nafas baharu kepada pengusaha yang bergantung kepada jualan kenderaan komersial.

Sehubungan itu, beliau berharap situasi kenaikan mendadak harga diesel yang pernah menjejaskan industri jualan kenderaan pikap tidak berulang kerana ia memberi kesan besar terhadap pendapatan peniaga serta kuasa beli pengguna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN