fbpx
Bella menegaskan akan sentiasa berada di belakang tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam setiap fasa. - MOHAMED IQBAL ROSLI

‘Insya-Allah, saya akan sentiasa berada di belakangnya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Teguh berdiri, penyanyi dan pelakon Bella Astillah akan sentiasa berada di belakang tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam setiap fasa.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 33, juga mendoakan agar Syed Saddiq terus kuat semangat sehingga rayuan akhir diputuskan mahkamah.

“Semoga tabah. Insya-Allah, saya akan sentiasa berada di belakangnya,” katanya ketika ditemui selepas prosiding rayuan akhir di Istana Kehakiman Putrajaya, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Bella menghormati keputusan Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Syed Saddiq yang ditangguhkan kepada 13 Julai depan.

Pelakon drama Aku Tanpa Cintamu itu turut berharap semua pihak dapat mendoakan hal yang terbaik buat tunangnya.

“Kita menghormati mahkamah (sebab) ada perkara yang kita tak boleh nak jangkakan. Kita doa yang terbaik,” ujarnya.

Terdahulu, rayuan akhir pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ditangguh ke tarikh 13 Julai depan.

Perkara itu diumumkan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais di awal prosiding pada pukul 9.30 pagi tadi, iaitu satu-satunya hakim yang menghadiri prosiding ini.

Abu Bakar berkata, beliau dan Datuk Collin Lawrence Sequerah ada di mahkamah, tetapi Che Mohd Ruzima tidak hadir kerana tidak sihat dan mengambil cuti sakit selama dua hari bermula hari ini.

Keputusan hari ini sepatutnya akan menentukan sama ada Syed Saddiq kekal bebas atau diperintahkan menjalani hukuman penjara membabitkan empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta serta pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Sekiranya Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pendakwaan, bekas Menteri Belia dan Sukan itu akan terus dibebaskan.

Namun, jika rayuan dibenarkan, Syed Saddiq berdepan hukuman mengikut sabitan bagi pertuduhan yang dihadapinya.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, bersama Hakim Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah sepatutnya menyampaikan keputusan rayuan akhir tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN