fbpx
SEBUAH bangunan yang rosak teruk akibat gempa bumi di Playa Verde, negeri La Guaira dirakam kelmarin. – AFP

PBB hantar 10,000 beg mayat ke Venezuela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK –  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  akan membekalkan 10,000 beg mayat kepada Venezuela walaupun berharap angka korban akhir  gempa bumi berkembar  tidak akan setinggi itu.

Gempa bumi berkembar  minggu lalu meratakan seluruh kawasan kejiranan di negeri tepi pantai  La Guaira, membunuh lebih 1,700 orang, manakala berpuluh-puluh ribu  penduduk hilang.

Penyelaras PBB untuk Venezuela, Gianluca Rampolla del Tindaro enggan membuat spekulasi di luar angka rasmi tersebut tetapi berkata: “Kami pastinya akan melihat angka korban  lebih tinggi daripada yang telah dilaporkan.”

“Saya boleh berikan anda petunjuk. Kami sedang mendapatkan bekalan, dan ia  dipersetujui oleh pihak berkuasa di sini (Venezuela) iaitu 10,000 beg mayat.

“Ini adalah satu andaian,  ia sangat menyedihkan dan kami benar-benar berharap jumlah korban sebenar akan lebih kecil daripada itu,” tambah Rampolla del Tindaro pada satu sidang akhbar.

Rampolla del Tindaro juga memuji tindak balas antarabangsa, dengan mengatakan, sebanyak   27 negara telah mengerahkan lebih 2,000 anggota  penyelamat dan kakitangan lain bersama  lebih 160 anjing pengesan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN