APABILA bercakap tentang kejohanan bola sepak terbesar dunia, ramai membayangkan jaringan dramatik, sorakan penyokong dan persaingan antara negara. Namun bagi edisi Piala Dunia FIFA 2026 yang berlangsung di tiga negara tuan rumah, Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico tumpuan bukan lagi hanya kepada pemain di atas padang. Sebaliknya, kejohanan ini sedang menjadi pentas demonstrasi teknologi global yang menggabungkan kecerdasan buatan (AI), sensor pintar, pemprosesan data masa nyata, rangkaian digital dan sistem visual generasi baharu. Dengan penyertaan 48 pasukan dan lebih 100……














