fbpx
Anggota polis pengiring (kanan) menenangkan Muhammad Nor Iman yang menangis selepas dihadapkan atas pertuduhan mencederakan neneknya di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Cucu pukul nenek diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seorang pemuda dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan neneknya dengan bersenjatakan tukul besi pada dua minggu lalu.

Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli memerintahkan tertuduh, Muhammad Nor Iman Abdullah, 25, menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Terdahulu Muhammad Nor Iman kelihatan keliru sewaktu berada di kandang tertuduh sehingga tiada pengakuan dapat direkodkan selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Dia juga kelihatan menangis sewaktu dibawa keluar ke pekarangan mahkamah selepas selesai prosiding sehingga terpaksa ditenteramkan oleh anggota polis yang mengiringinya.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Nor Iman didakwa mencederakan neneknya, Gayah Omar, 78, hingga parah dengan menggunakan penukul besi.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Kampung Baru Kuala Abang, Dungun pada pukul 6.30 petang, 19 Jun lalu dan didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan

Kosmo! Ahad 21 Jun lalu melaporkan tertuduh ditahan selepas disyaki mencederakan neneknya berusia 79 tahun dengan menggunakan tukul besi sehingga menyebabkan warga emas itu cedera parah pada bahagian kepala. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN