KETIKA ini, di Malaysia lebih 66 peratus daripada pekerja berpengetahuan menjalankan perniagaan sampingan di samping pekerjaan hakiki mereka.
Peratusan tersebut tertinggi di dunia dan lebih tiga juta rakyat Malaysia sudah terlibat dalam ekonomi gig, dan bilangannya terus bertambah.
Bekerja seorang diri bukan lagi pilihan segelintir orang, tetapi itulah cara hidup yang biasa ketika ini.
Apabila bekerja seorang diri, seseorang itu mungkin perlu memikul banyak tanggungjawab.
Namun, memikul tanggungjawab sepuluh orang tidak bermakna perlu bekerja sepuluh kali ganda lebih keras.
Ramai yang sudah mengubah cara berfikir mereka, daripada risau tentang ancaman kecerdasan buatan (AI), lebih baik gunakan AI untuk bekerja bagi pihak sendiri.
Lantik ejen AI peribadi untuk uruskan pemantauan, penyusunan, susulan, dan pelaporan secara automatik, sementara tumpuan diberikan kepada perkara yang benar-benar memerlukan pertimbangan manusia.
Selama ini, melakukan perkara ini bukan mudah.
Melancarkan ejen AI secara tempatan memerlukan pelayan yang sentiasa aktif, pemasangan Linux, dan proses konfigurasi yang cukup mencabar sehingga ramai berputus asa sebelum sempat bermula.
Tetapi, HONOR MagicPad 4 direka untuk menghapuskan semua halangan itu.
HONOR MagicPad 4 adalah satu-satunya tablet di dunia yang menjalankan dua sistem operasi penuh secara serentak iaitu Android dan Linux, pada peranti yang sama.

Kedua-duanya beroperasi secara bebas di mana Android untuk urusan harian seperti TikTok, WhatsApp, dan Netflix, manakala Linux menjalankan ejen AI secara senyap di latar belakang, memproses tugasan yang telah ditetapkan.
Kedua-dua sistem diasingkan sepenuhnya,apa yang berlaku di bahagian Linux langsung tidak menjejaskan Android.
Secara praktikalnya, ini bermakna untuk melancarkan ejen AI tempatan, tidak perlu lagi beli pelayan, kuasai Linux, atau bergaduh dengan tetapan persekitaran yang rumit.
Linux Lab sudah diprapasang dan pengguna hanya perlu buka, pasang Open WebUI, sambungkan model AI, tetapkan peranan ejen dan ia terus bergerak.
Pantau kandungan, susun laporan, kesan data, hantar kemas kini berjadual ke WhatsApp, semuanya tanpa perlu dipantau.
Inilah amalan yang dikenali dalam kalangan pengguna sebagai “memelihara udang”, melatih dan membentuk ejen AI dari masa ke masa supaya ia tahu betul-betul cara bekerja untuk anda.
HONOR MagicPad 4 kini menjadi titik masuk paling mudah untuk memulakan.
Bagi pembangun pula, Linux Lab turut menyokong VSCode, Cursor, Git, dan SSH sekaligus menjadikannya stesen kerja Linux mudah alih yang lengkap.
Bagi ramai rakyat Malaysia yang bekerja bebas, mengusahakan perniagaan sampingan, atau tidak mempunyai pejabat tetap, makna “tempat kerja” sudah berubah.

Dahulu untuk bekerja pekerja perlu mempunyai ruang kerja khas yang mempunyai meja, komputer, dan rutin yang tetap.
Kini bekerja boleh berlaku di kedai kopi, ruang kerja bersama, atau dalam perjalanan balik ke rumah.
Perubahan ini bukan tanda pekerja tidak serius,ia tanda bahawa alatan akhirnya berjaya menyesuaikan diri dengan cara hidup moden.
HONOR MagicPad 4 dibina untuk realiti itu dan ia bukan komputer riba yang sedikit lebih nipis, bukan juga tablet biasa dengan beberapa ciri tambahan.
Dalam bingkai setebal 4.8mm, ia menggabungkan pelayan, stesen kerja, dan peranti hiburan menjadi satu, ringan untuk dibawa ke mana-mana, berkuasa untuk mengendalikan satu hari kerja penuh, dengan AI yang sentiasa aktif di latar belakang menguruskan kerja-kerja berulang.
Janji ‘boleh bekerja dari mana-mana’ selalu berakhir dengan pening kepala menatap skrin telefon yang kecil.
Apa yang benar-benar membezakannya ialah sama ada peranti boleh menampung aliran kerja yang lengkap.
Pasang papan kekunci dan HONOR MagicPad 4 secara automatik beralih ke PC Mode, menu klik kanan, tetingkap berbilang, Alt+Tab, dan semua pintasan papan kekunci berfungsi seperti pada komputer sebenar.
Mahu guna tetikus?
Mana-mana tetikus Bluetooth boleh disambung terus di peranti ini.
Buka di kedai kopi, ia kelihatan seperti persediaan komputer riba dan bukan penyelesaian sementara.
Pada masa yang sama, Linux Lab terus beroperasi di latar belakang, dengan ejen AI mengurus pemantauan, penyusunan, dan susulan tanpa perlu diawasi.
Satu peranti, dua sistem operasi, kerja dan hiburan benar-benar diasingkan.
Bagi mereka yang kerap bekerja jauh dari meja, skrin dan bateri biasanya yang mula mengecewakan.
Namun, HONOR MagicPad 4 dilengkapi dengan paparan OLED 12.3 inci, 165Hz, resolusi 3K, kecerahan puncak 2,400 nits.
Ia kekal jelas walaupun di bawah cahaya terang, dan selesa di mata dengan tujuh teknologi paparan selesa mata HONOR.
Lepas kerja, skrin yang sama mudah beralih ke mod hiburan dengan lapan pembesar suara dan audio ruang yang tidak perlu berkompromi.
Dengan kapasiti bateri 10,100mAh peranti ini boleh bertahan kira-kira lapan jam.
Dengan papan kekunci dan pensel bergaya disertakan, keseluruhan set beratnya di bawah satu kilogram, lebih kurang sama berat dengan sebuah buku tebal dalam beg.
Tablet-tablet terdahulu yang cuba menggantikan komputer riba selalu ada kelemahannya, di mana ekosistem aplikasi yang tidak lengkap, pengalaman papan kekunci yang masih terasa seperti telefon, atau profil nipis yang mengorbankan hayat bateri.
HONOR MagicPad 4 adalah yang pertama menangani semua isu ini sekaligus.
Seni bina Dwi-OS membolehkan kerja dan hiburan benar-benar wujud bersama tanpa bertelagah.
Manakala, PC Mode memastikan pengalaman penggunaan terasa biasa dari ‘keystroke’ pertama.
Ejen AI tempatan bermakna seorang individu boleh beroperasi seperti mempunyai satu pasukan yang tidak pernah berehat. – KOSMO! ONLINE














