fbpx
Tangkap layar video menunjukkan lelaki itu menunggang skuter dalam keadaan duduk mengiring. - Instagram

Lelaki bawa skuter duduk mengiring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila menunggang motosikal dalam keadaan duduk mengiring, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video kejadian dikongsi di platform Instagram oleh akaun @jakartazoon menunjukkan lelaki terbabit sedang menunggang sebuah skuter di tengah jalan.

Dia tidak menunggang skuter itu seperti biasa, malah duduk secara mengiring dan memulas pendikit motosikal dengan tangan kirinya.

Rakaman itu mencatatkan lebih 35,700 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Sudah tua sepatutnya tunjuk contoh baik ,” kata seorang netizen.

“Masa kecil kurang bahagia,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN