fbpx
Pemandu SUV yang positif dadah dalam kejadian di Jalan Sepadu–Jalan Rantau Panjang, Klang

Pemandu khayal rempuh kenderaan di Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Suasana di Jalan Sepadu–Jalan Rantau Panjang di sini gempar apabila beberapa kenderaan termasuk sebuah kenderaan saji dirempuh pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) disyaki berada di bawah pengaruh dadah dalam kejadian, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu membabitkan lelaki berusia lingkungan 30-an yang memandu Proton X70, namun tiada mangsa dilaporkan cedera dalam insiden berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan membabitkan lima kenderaan itu kira-kira pukul 12.27 tengah hari.

Menurutnya, siasatan awal mendapati SUV berkenaan yang datang dari arah Rantau Panjang menghala ke Bandar Sultan Suleiman dipercayai telah memasuki laluan bertentangan.

“Pemandu itu kemudian melanggar beberapa kenderaan di bahu kiri jalan termasuk sebuah ‘food truck’ yang berniaga di situ,” katanya malam ini.

Tambah beliau, hasil saringan air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN