fbpx
Tangkap layar video menunjukkan anak buaya itu terperangkap di dalam jala. - TikTok 

Ingatkan tangkap ikan gergasi, rupanya anak buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW DELHI – Seorang budak lelaki di India berdepan detik cemas apabila jalanya yang berat disangka menangkap ikan gergasi rupanya memuatkan seekor anak buaya, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video kejadian dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan kanak-kanak terbabit melempar jala di tengah sungai. 

Selepas merasakan jalanya ‘ditarik’ dan terlalu berat, dia menarik peralatan menangkap ikan itu. 

Dia terkejut selepas tangkapan yang disangka ikan gergasi, rupa-rupanya seekor anak buaya. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 430,000 tontonan dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

“Nasib baik dia tidak terjun ke dalam sungai,” kata seorang netizen. 

“Ini ‘ikan premium’,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN