fbpx
Tangkap layar video menunjukkan kanak-kanak itu memegang seekor anak ular di rumah mereka di Thailand baru-baru ini. - SWNS

Ibu terkejut, anak kecil hayun ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Seorang wanita di Thailand berdepan detik cemas apabila melihat anak lelakinya memegang seekor anak ular dan menghayunnya seperti mainan, lapor portal berita SWNS. 

Kejadian berlaku di rumah mereka di wilayah Pathum Thani, baru-baru ini. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dikongsi di media sosial menunjukkan si ibu berehat seketika dan melayari telefon pintar selepas melipat pakaian.

Semasa menggunakan telefon, anaknya yang duduk berhampiran tiba-tiba mengambil seekor anak ular dan memusingkannya berulang kali. 

Wanita itu menjerit ketakutan lantaran menyedari anaknya memegang ular hidup. 

Dia bangkit dan mendukung anaknya yang spontan melepaskan anak ular tersebut. Reptilia itu  kemudian bersembunyi di bawah longgokan mainan. 

Wanita itu kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk menangkap anak ular tersebut. 

Anak ular itu dipercayai menyusur masuk melalui celah pintu rumah, manakala kanak-kanak terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN