fbpx
Pegawai KPDN menjalankan siasatan ke atas sebuah stesen minyak di Nilai susulan aduan diterima. FOTO Ihsan KPDN

Stesen minyak disiasat, enggan jual RON95 dan diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan sedang menyiasat sebuah stesen minyak di Nilai yang dipercayai menghentikan penjualan petrol dan diesel walaupun masih mempunyai bekalan.

Pengarah KPDN Negeri Sembilan, Muhammad Zahir Mazlan berkata, pemeriksaan menerusi Ops Tiris 4.0 Bersepadu itu mendapati stesen minyak terbabit dipercayai enggan menjual RON95, RON97 dan diesel walaupun bekalan barang kawalan berjadual itu masih berbaki.

“Stesen minyak perlu menjual barang kawalan sehingga stok habis. Walaupun baki yang tinggal hanya tiga liter, ia tetap perlu dijual dan tidak boleh dijadikan alasan untuk menghentikan jualan.

“Jika berlaku gangguan bekalan atau stok hampir kehabisan, pemegang lesen perlu memaklumkan perkara itu kepada KPDN mengikut prosedur yang ditetapkan, bukannya menghentikan penjualan tanpa kebenaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut dan beberapa dokumen berkaitan turut disita bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16A(1)(b) Akta Kawalan Bekalan 1961.

Terdahulu, tular video memaparkan sebuah stesen minyak dipercayai enggan menjual bahan api kepada seorang pemandu lori walaupun stok masih berbaki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN