fbpx
AHLI keluarga Allahyarham Muhammad Raiyan Nufael (gambar kecil) ketika menunggu di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka, malam tadi. - Foto oleh AMRAN ALI/KOSMO!

Ingat tangan patah, tak sangka meninggal – Bapa Raiyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Bapa kepada pelajar lelaki yang meninggal dunia ketika mengikuti latihan ragbi di Sekolah Menengah Telok Mas di sini, semalam tidak menyangka panggilan diterima dari guru bukan sekadar untuk memaklumkan kecederaan, sebaliknya berita duka yang meragut nyawa anaknya.

Mangsa, Muhammad Raiyan Nufael, 14, pelajar Akademi Ragbi Melaka (Akram) di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas di sini disahkan meninggal dunia selepas rebah ketika mengikuti latihan, kira-kira pukul 6 petang semalam.

Bapa mangsa, Mohd. Aswandi Wahid, 41, berkata, dia menerima panggilan dari pihak sekolah ketika dalam perjalanan pulang dari Cameron Highlands, Pahang bersama isterinya.

“Saya ingatkan macam biasa budak main ragbi, mungkin tangan patah atau cedera di kepala tapi bila cikgu cakap dia rebah dan ambulans dah datang, masa itu saya terus rasa lain macam. Tak sangka itu rupa-rupanya panggilan yang mengubah seluruh hidup kami,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka, malam tadi.

Menurut Aswandi, arwah merupakan anak tunggal lelakinya dan tidak pernah mempunyai sebarang sejarah penyakit, malah sangat aktif bersukan serta menjaga kecergasan diri.

Dia memang sihat, umur baru 14 tahun, badan dia lebih tinggi daripada saya dan kasut pun saiz 10.5, setiap kali cuti dia akan berjoging, pergi gim dan sentiasa jaga badan.

“Dia memang minat ragbi sejak sekolah rendah lagi, guru-guru nampak bakat dia dan bawa dia sehingga berjaya menyertai Akademi Ragbi Melaka, dia memang ada potensi besar dalam sukan itu,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan seorang pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas rebah ketika mengikuti sesi latihan ragbi di sebuah sekolah menengah di Telok Mas kira-kira pukul 6 petang. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN