SERAMAI lebih 80 pelajar dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak memanfaatkan cuti sekolah baru-baru ini dengan menyertai program pendidikan anjuran Mind Bloomy. Menariknya, program Mind Bloomy Elite Camp (MBEC’26) itu menumpukan kepada kecemerlangan akademik dan literasi kewangan. Menerusi program berlangsung secara dalam talian itu pelajar tingkatan satu hingga tiga mengikuti sesi pembelajaran intensif melibatkan subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Sepanjang dua hari program tersebut, peserta didedahkan kepada pelbagai teknik pembelajaran berkesan, strategi menjawab soalan serta tip……














