fbpx
Zahirah berlapang dada apabila segelintir pihak mengkritik lakonannya sebagai Dahlia dalam drama bersiri popular, Good Boys Go To Heaven.

‘Tak harap semua suka’ – ‘Dahlia’ lakonan Zahirah kurang berkesan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Zahirah Macwilson berlapang dada apabila segelintir pihak mengkritik lakonannya sebagai Dahlia dalam drama bersiri popular, Good Boys Go To Heaven yang kini menjadi bualan hangat dalam media sosial.

Zahirah atau Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 31, berkata, dia tidap pernah mengharapkan sebarang pujian ramai namun menegaskan sudah berusaha memberi lakonan terbaik untuk drama tersebut.

“Saya tak minta atau tidak mengharapkan semua suka lakonan saya. Saya berada di sini kerana kepercayaan pengarah dan penerbit serta cuba memberikan hasil yang terbaik.

“Namun, saya bukan nak mendapatkan pengesahan daripada mana-mana pihak.

“Selagi ada yang rasa sesuatu atau terkesan dengan lakonan saya, bermaksud tugas saya sudah selesai. Jika mereka tidak suka, itu hak dan pendapat peribadi,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan drama tersebut di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, dia sedar namanya menjadi sebutan selain turut menerima komen yang mempertikaikan caranya memegang watak Dahlia termasuk momen meratapi kehilangan anaknya, Ahyan yang dibunuh.

Zahirah bagaimanapun memberitahu semua yang dilakukan adalah mengikut kehendak pengarah iaitu Ariff Zulkarnain.

“Pengarah memang ada pesan supaya jangan terlalu banyak menangis kerana dia mahu watak Dahlia diragui dan kelihatan seperti suspek.

“Tapi saya juga mahu tunjukkan kesedihan yang dilalui dalam pelbagai cara. Tidak semestinya perlu menangis atau meratapi jika rasa sedih, kerana ada yang tidak mampu mengalirkan air mata pun ketika sedang berduka.

“Untuk Dahlia, terlalu banyak benda berlaku sehingga dia tiada masa nak duduk dan meratapi kematian anaknya.

“Tapi ya, saya rasa sesetengah penonton nampak dari satu dimensi sahaja iaitu kalau ada orang mati, memang perlu nangis pada waktu tersebut juga.

“Bagaimanapun bukan setiap masa perkara tersebut berlaku namun kadang-kadang orang yang paling diam itulah yang paling bergelut dengan perasaan mereka,” katanya.

Terdahulu, lakonan Zahirah dalam GBGTH menerima pelbagai reaksi daripada penonton termasuk kecaman dan didakwa tidak bersesuaian dengan lokasi penggambaran.

Bagaimanapun, Zahirah membalas komen berkenaan secara berseloroh dengan meminta penonton tersebut ‘menutup mata seketika’ setiap kali dia muncul di skrin, namun berharap mereka terus mengikuti siri berkenaan.

Drama GBGTH mengisahkan tentang penyiasatan dalam membongkar pembunuhan tragis Ahyan yang baru berusia lapan tahun di Kuala Makar.

Sejak ditayangkan pada Mei lalu, naskhah tersebut menjadi fenomena sehingga ramai yang membuat teori dan menjadi ‘detektif’ bagi mencari bukti dan pembunuh sebenar Ahyan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN