PETALING JAYA – Tanggapan bahawa semua rakyat Malaysia yang bekerja di pusat-pusat scam di luar negara adalah mangsa pemerdagangan manusia tidak semestinya tepat apabila majoriti daripada mereka sebenarnya mengetahui pekerjaan yang bakal dilakukan sebelum berangkat ke negara terbabit. Duta Anti Scam, Rahmat Fitri Abdullah berkata, berdasarkan maklumat dan pengalaman mengendalikan pelbagai kes berkaitan scammer di luar negara, hanya sebahagian kecil sahaja yang benar-benar menjadi mangsa penipuan pekerjaan. Menurut beliau, kelompok yang lebih besar terdiri daripada individu yang sedar pekerjaan tersebut…














