fbpx
Suspek (dua dari kanan) ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan mencederakan neneknya di Mahkamah Majistret Dungun hari ini.

Cucu disyaki pukul nenek dengan tukul direman lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Seorang pemuda yang disyaki membelasah neneknya dengan tukul besi di Kampung Kuala Abang, di sini petang semalam direman lima hari bagi membantu siasatan.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 25 tahun itu dibenarkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, lelaki tersebut telah ditahan selepas dipercayai memukul neneknya yang berusia 79 tahun.

“Insiden menyebabkan warga emas tersebut cedera parah pada bahagian kepala pada pukul 6.55 petang semalam.

“Siasatan awal percaya suspek yang mempunyai masalah kesihatan mental tersebut dikatakan bertindak agresif selepas naik berang kerana dilarang neneknya ketika dia mahu keluar dari rumah pada lewat petang,” katanya.

Nik Ab. Halim berkata, polis turut menemukan tukul besi yang dipercayai digunakan lelaki itu dalam kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN