fbpx
ANGGOTA APM meninjau rumah penduduk Kampung Sungai Seluang Bawah di Kulim yang dilanda banjir, semalam. - Foto APM KEDAH

25 penduduk Kampung Sungai Seluang Bawah dipindahkan ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KULIM – Kira-kira 25 penduduk terjejas selepas rumah mereka di Kampung Sungai Seluang Bawah di sini dilanda banjir semalam.

Kesemua mereka daripada lapan keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Al-Muhtadin Sungai Seluang sejak malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad berkata, kejadian banjir kira-kira pukul 6 petang itu berlaku selepas hujan lebat berterusan selama lebih dua jam.

Katanya, kadar taburan hujan semalam direkodkan sebanyak 55 milimeter sejam.

“Hujan lebat selama dua hingga tiga jam mengakibatkan paras air sungai meningkat sebelum melimpah ke kawasan rumah penduduk kampung,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, tiga keluarga turut terperangkap selepas jalan dinaiki air sebelum dibawa keluar dari kawasan itu dengan bantuan polis dan penduduk kampung. – KOSMO! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN