fbpx
Mohamad (tengah) melancarkan Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Amanah Zon Selatan di Taman Universiti, hari ini. Foto oleh RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

PRN Johor: Amanah tawar 13 muka baharu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Parti Amanah Negara (Amanah) menampilkan 13 muka baharu daripada 19 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini.

Presiden Amanah,  Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, hanya enam atau tujuh calon merupakan bekas calon sebelum ini manakala selebihnya calon baharu.

“Daripada muka-muka baharu ini separuh daripadanya adalah orang muda manakala calon wanita ada dua orang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Amanah Johor (Zon Selatan) di Taman Universiti di sini malam ini.

Turut hadir Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan, Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad dan Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kaiat.

Mohamad berkata, kebanyakan calon berkenaan adalah anak tempatan.

Jelasnya, Amanah menyasarkan enam kerusi di bahagian utara Johor sementara di empat atau lima kerusi di sebelah pantai timur Johor.

Terdahulu, ketika berucap, Mohamad mahu semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH) tidak lagi mempertikai calon-calon gabungan itu apabila diumumkan Pengerusi PH pada Isnin ini.

Jelasnya, semua pihak perlu bersatu hati sebagai satu pasukan PH dan membantu mana-mana calon yang akan diketengahkan nanti.

Beliau mengakui akan ada pihak yang akan merajuk dan semua perbezaan perlu ditamatkan untuk memastikan dan memenangkan calon PH.

“Kita bina perpaduan dan harapkan kekal untuk kestabilan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN