fbpx
Fahmi hadir merasmikan Program Pemukiman Media Malaysia 2.0 2026 di Seberang Perai, petang tadi.

 AI tidak boleh ganti peranan wartawan – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Kementerian Komunikasi menegaskan kecerdasan buatan (AI) tidak boleh menggantikan peranan wartawan yang bukan sekadar menghasilkan berita tetapi sebagai saksi pengumpul maklumat daripada sumber primer.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, perkembangan teknologi AI perlu diteliti secara bersama oleh semua pihak termasuk pengamal media bagi memastikan penggunaannya tidak menjejaskan masa depan industri kewartawanan.

Menurut beliau, kerajaan memandang serius perkembangan teknologi baharu yang dilihat seolah-olah mampu mengambil alih peranan wartawan dan media.

“Ada sebuah entiti datang bertemu saya mohon untuk penggunaan dana inovasi untuk mengguna pakai, membina aplikasi AI yang akan mengetepikan wartawan.

“Kalau kementerian ataupun mana-mana pihak menerbitkan kenyataan, AI itu akan mengolah dan terus menghasilkan berita.

“Tuan-tuan, puan-puan nak tahu apa jawapan saya? Almost, almost get out. Saya tak nak layan aplikasi macam ini. saya tak boleh sokong usaha macam ini. Bagi saya, wartawan itu sangat penting. Tidak boleh diganti wartawan dengan AI,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pemukiman Media Malaysia 2.0 2026 di sini, petang tadi.

Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan itu tidak mendapat sokongan kerana pendekatan sedemikian boleh mengetepikan fungsi sebenar wartawan.

“Wartawan sangat penting dan tidak boleh digantikan dengan AI. Fungsi wartawan adalah menjadi saksi, mengumpul maklumat daripada sumber primer dan mengolah berita berdasarkan disiplin, pengalaman serta keupayaan masing-masing.

“Tanpa wartawan, bagi saya dan kementerian, tidak ada berita,” tambahnya kementerian komited memastikan pekerjaan wartawan terus terpelihara selain membantu industri media kekal lestari, mampan dan berdaya saing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN