fbpx
Tangkap layar video Zambry sebak menceritakan pengorbanan ibunya bagi memastikan beliau dapat menyambung pengajian.

[VIDEO] ‘Mak jual rantai, dapat RM700 untuk saya teruskan belajar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengimbau detik sukar ketika menerima tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) apabila keluarganya ketika itu berdepan kekangan kewangan yang serius.

Menurut beliau, ibu bapanya tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menampung kos kemasukan ke universiti, namun ibunya sanggup menjual satu-satunya rantai yang dimiliki bagi memastikan impiannya menyambung pelajaran dapat direalisasikan.

“Mak saya jual rantai, dia dapat RM700. Itu sahaja yang dia ada,” katanya menerusi satu perkongsian video yang tular di media sosial.

Zambry berkata, wang RM700 hasil jualan rantai tersebut menjadi bekalan penting sepanjang beliau menuntut di UIAM dan digunakan dengan penuh berjimat cermat sehingga berjaya menamatkan pengajian.

Katanya, beliau bertekad untuk tidak membebankan ibu bapanya kerana memahami kesusahan hidup yang mereka lalui ketika itu.

“Dengan bermodalkan RM700 ini, saya meneruskan kehidupan dan belajar di UIA sehingga tamat,” ujarnya.

Perkongsian itu menyentuh hati ramai netizen yang menyifatkan RM700 tersebut bukan sekadar wang, sebaliknya simbol pengorbanan seorang ibu yang sanggup berkorban apa sahaja demi masa depan anak.

Rata-rata pengguna media sosial turut menjadikan kisah tersebut sebagai inspirasi bahawa kejayaan tidak semestinya bermula dengan kemewahan, tetapi dengan pengorbanan, doa dan kasih sayang ibu bapa yang tidak berbelah bahagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN