KERAJAAN Persekutuan pada tahun 2024 mula memberi penekanan terhadap ekonomi biru sebagai antara agenda pembangunan baharu negara. Ekonomi biru berpotensi menjadi antara agenda utama negara berikutan kedudukannya sebagai negara maritim yang bukan sahaja dikelilingi laut sepanjang lebih 4,600 kilometer garis pantai malah terletak di laluan perdagangan strategik dunia. Ia memiliki potensi tinggi memandangkan secara geografinya Malaysia merupakan negara maritim selain terletak di laluan perdagangan strategik. Penekanan ekonomi biru sedang diperkasa menerusi Pelan Tindakan Ekonomi Biru Malaysia yang sedang dimuktamadkan Kementerian…














