fbpx
SEEKOR anak harimau belang ditemui berkeliaran dipercayai tersesat di kawasan Felcra Tebing Tinggi, Segamat baru-baru ini.

Anak harimau sesat ditemui berkeliaran di Felcra Tebing Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Seekor anak harimau belang dipercayai tersesat ditemui berkeliaran di kawasan Felcra Tebing Tinggi di sini sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.

Kehadiran haiwan liar itu tular di media sosial selepas satu perkongsian dimuat naik di laman Facebook Segamat pada 10 Jun lalu.

Menurut maklumat yang dikongsikan, pihak pengurusan Felcra Tebing Tinggi telah dimaklumkan mengenai penemuan anak harimau berkenaan dan usaha mengesan lokasinya sedang dijalankan oleh pihak berkaitan.

Seorang penduduk enggan dikenali berkata, kes tersebut telah dilaporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Daerah Segamat untuk tindakan lanjut.

“Maklumat yang diterima penduduk setakat ini, pihak Perhilitan sedang menjalankan pencarian dan siasatan berhubung penemuan anak harimau tersebut.

“Anak harimau itu dipercayai ditemui oleh pekerja atau penoreh getah di kawasan Felcra Tebing Tinggi kira-kira seminggu sebelum maklumat itu tular,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, haiwan berkenaan dikatakan ditemui di ladang getah milik Felcra Tebing Tinggi yang bersempadan dengan Kampung Sengkang dan Jementah.

Susulan itu, penduduk yang tinggal berhampiran termasuk di Sri Ledang, Sengkang, Jementah dan Tebing Tinggi dinasihatkan supaya meningkatkan tahap kewaspadaan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN