fbpx
HERVE Renard dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Tunisia menggantikan Sabri Lamouchi yang dipecat sebelum ini.

Piala Dunia 2026: Tunisia temui pengganti Lamouchi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NEW YORK – Persekutuan Bola Sepak Tunisia dilapor bersedia untuk melantik bekas pengendali Arab Saudi, Herve Renard sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu menggantikan Sabri Lamouchi yang dipecat sebelum ini.

Keputusan memecat Lamouchi dibuat sehari selepas Tunisia dibelasah 1-5 oleh Sweden dalam aksi pembukaan kejohanan, sekali gus meletakkan pasukan Afrika tersebut dalam tekanan besar untuk menghidupkan semula peluang mara ke pusingan seterusnya.

Menurut laporan, Tunisia kini bersedia melantik Renard sebagai ketua jurulatih baharu, sekali gus menyaksikan bekas pengendali Arab Saudi itu berpotensi kembali mengemudi sebuah pasukan di pentas antarabangsa.

Renard bukan nama asing dalam bola sepak dunia apabila pernah mencipta kejutan membantu Arab Saudi menewaskan juara dunia, Argentina pada Piala Dunia 2022 selain memiliki rekod cemerlang dengan dua kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Sebaliknya, Lamouchi yang hanya dilantik pada Januari lalu gagal memberi impak diharapkan apabila sekadar meraih satu kemenangan sepanjang tempoh kendaliannya bersama skuad kebangsaan Tunisia.

“Ini kekalahan yang sukar diterima dan sangat menyakitkan. Memulakan kejohanan dengan kekalahan sebesar ini sememangnya amat sukar,” kata Lamouchi selepas aksi menentang Sweden.

Menurut Lamouchi, Tunisia dihukum akibat terlalu banyak melakukan kesilapan selain gagal mengekang ancaman dua penyerang utama Sweden, Viktor Gyokeres dan Alexander Isak.

“Kami berdepan pemain bertaraf dunia seperti Gyokeres dan Isak. Apabila anda melakukan terlalu banyak kesilapan, ia sesuatu yang sukar untuk dipulihkan. Kami masih mempunyai maruah dan perlu bangkit untuk mempamerkan imej yang lebih baik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN