fbpx
Tangkap layar video menunjukkan pasangan pengantin baharu duduk di atas motosikal semasa akad nikah. - TikTok 

Pengantin akad nikah naik motosikal 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di wilayah Lampung, Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila mereka melangsungkan akad nikah sambil menaiki sebuah motosikal lasak, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @nyimasasihams menunjukkan pasangan pengantin itu duduk di atas motosikal semasa ijab kabul. 

Lebih mengejutkan, penghulu dan saksi turut menaiki motosikal demi mengikuti konsep yang diimpikan oleh pasangan tersebut. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 3.7 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Impian majlis kahwin orang lain-lain,” kata seorang netizen. 

“Siapa punya idea?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN