fbpx
Tangkap layar video menunjukkan pengantin perempuan itu tertidur di atas pelamin semalam. - TikTok 

Pengantin penat sampai tertidur atas pelamin 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang pengantin perempuan di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila dirakam tertidur semasa majlis perkahwinannya sedang berlangsung, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan pengantin perempuan itu sedang tidur nyenyak semasa duduk di atas pelamin. 

Meskipun memakai baju pengantin dan pelbagai perhiasan, ia tidak menghalangnya untuk tidur dalam keadaan mulut ternganga. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 44,900 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Penat sebab persiapan dari subuh,” kata seorang netizen. 

“Mekap dari pukul 3 pagi,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN