SEBERANG PERAI – Prosiding terhadap lima lelaki warga Jepun yang didakwa terlibat dalam sindiket ‘phone scam’ ditangguhkan oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini hari ini bagi lantikan jurubahasa Jepun.
Majistret Roshayati Radellah menetapkan 22 Jun ini untuk sebutan semula kes selepas mahkamah dimaklumkan kesemua tertuduh, Nakahara Riku, Matsumoto, Ryuto, Dono Harisu, Inaba Sho dan Umeda Tokeya hanya memahami bahasa Jepun.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfadzli Hassan manakala kelima-lima tertuduh tidak diwakili peguam.
Tiada jaminan ditawarkan terhadap kelima-lima tertuduh.
Sebelum ini, media melaporkan polis berjaya menumpaskan sindiket phone scam yang menyamar sebagai pegawai polis Jepun bagi memperdaya mangsa dari Jepun dan Taiwan. – KOSMO! ONLINE














