fbpx
BINTANG muda, Nestory Irankunda (depan) pantas membalas kepercayaan jurulatih apabila meledak gol pertama Australia. - AFP

Piala Dunia 2026: Bintang muda pacu kejayaan Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

VANCOUVER – Keputusan berani jurulatih Australia, Tony Popovic beri kepercayaan kepada pemain muda nyata membuahkan hasil apabila berjaya meraih kemenangan 2-0 ke atas Turkiye pada aksi pertama Kumpulan D, hari ini.

Pada aksi kali ini, Popovic ambil keputusan merehatkan pemain lebih berpengalaman dan memasukkan dua bintang muda, Nestory Irankunda dan penjaga gol, Patrick Beach.

Ketika Irankunda menyumbangkan gol pertama, Beach juga pantas mencuri perhatian menerusi ketangkasannya ketika menafikan beberapa peluang terbaik Turkiye.

“Sangat bangga untuk menjadi jurulatih pasukan ini dan pastinya saya cukup gembira untuk menikmati pengalaman ini bersama pemain muda.

“Ini adalah satu detik yang sering kita lihat, saya cukup yakin dengan pemain muda,” kata Popovic.

Berpunca daripada serangan pantas, Australia akhirnya membuka jaringan pada minit ke-27 menerusi Irankunda yang dilihat cukup tenang untuk menyempurnakan peluang terhidang.

Walaupun ditekan, benteng pertahanan dan Beach tampil cemerlang untuk menyekat beberapa percubaan pemain Turkiye.

Bersambung babak kedua, Turkiye terus menggandakan asakan hingga memaksa Australia lebih banyak ‘berkampung’ di kawasan sendiri.

Bagaimanapun, minit ke-75, sisa perjuangan Turkiye seakan menemui titik noktah apabila Australia memperoleh gol kedua menerusi Connor Metcalfe.

Australia akan mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati sekiranya mampu mengatasi Amerika Syarikat, Sabtu ini manakala Turkiye dan Paraguay harus melunaskan misi wajib menang pada satu lagi aksi Kumpulan D, – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN