fbpx
SHADAN (tengah) mengadakan pemantauan bersama agensi penguat kuasa ke penempatan Rohingya di Jalan Pulau Senang 3, Semabok, Melaka, malam tadi.-Foto oleh AMRAN ALI /KOSMO!

Giliran Rohingya jadi tauke kedai runcit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Sebuah premis runcit dikesan dikendalikan komuniti Rohingya menggunakan lesen milik warga tempatan di Jalan Pulau Senang 3, Semabok di sini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, tindakan termasuk menarik balik lesen perniagaan pemilik premis terbabit yang kini menetap di Kuala Lumpur sedang diteliti.

“Kita masih belum dapat mengesahkan sama ada individu terbabit hanya bekerja atau mengusahakan perniagaan tersebut, namun tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang kecil sedia ada.

“Kita akan membawa perkara ini ke Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan bagi mempertimbangkan tindakan menarik balik lesen premis berkenaan,” katanya selepas mengadakan pemantauan bersama agensi penguat kuasa ke penempatan Rohingya di Jalan Pulau Senang 3, Semabok, di sini, malam tadi.

Menurut Shadan, premis berkenaan dipercayai telah beroperasi lebih tiga tahun dan pernah dikenakan lebih 10 kompaun atas pelbagai kesalahan termasuk isu kebersihan, iklan tanpa lesen dan gangguan kepada persekitaran.

“Setiap kompaun yang dikeluarkan dibayar, namun kesalahan yang sama terus berulang dan apabila kita buat operasi mereka tutup sementara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN