fbpx
AHMAD ZAHID (kiri) mempengerusi Mesyuarat Agung Tahunan BN di Ibu Pejabat UMNO Johor, Johor Bahru malam ini.

BN gerak jentera PRN pastikan kemenangan di Johor, Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) menggerakkan seluruh jentera parti secara menyeluruh sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, kepimpinan BN sepakat bahawa segala kekuatan parti perlu digembleng bagi memastikan kemenangan pada kedua-dua pilihan raya negeri berkenaan.

“PRN Johor dan Negeri Sembilan menjadi fokus utama BN dengan seluruh jentera parti akan digerakkan secara menyeluruh bagi memastikan kemenangan.

“Mesyuarat turut menzahirkan iltizam dan kesepakatan kepimpinan BN untuk memperkukuhkan parti, menjamin kestabilan politik negara serta merangka strategi terbaik menghadapi pilihan raya negeri,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Tahunan BN yang berlangsung di Ibu Pejabat UMNO Johor, di sini malam ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Zamry berkata, BN juga akan terus memperkukuhkan kerjasama dalam kalangan parti komponen dan ‘Friends of BN’ bagi memastikan kestabilan politik serta membina pentadbiran yang terus diyakini rakyat.

Dalam pada itu, katanya, mesyuarat turut memutuskan BN akan menggunakan logo dacing pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Selain memperkukuh persiapan pilihan raya, BN turut beriltizam memperkasakan agenda BN ‘Direct Membership’ bagi menarik lebih ramai golongan profesional, anak muda dan masyarakat umum menyertai gabungan tersebut.

Tambah Menteri Pendidikan Tinggi itu, BN juga kekal komited mendukung kerajaan demi memastikan kestabilan negara, keyakinan pelabur dan kelangsungan agenda pembangunan sehingga tamat penggal pentadbiran semasa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN